Gempa Lombok, Malaysia Tawarkan Bantuan SAR

Gempa Lombok, Malaysia Tawarkan Bantuan SAR

KUALA LUMPUR, SENAYANPOST.com –Pemerintah Malaysia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menawarkan bantuan mencari dan menyelamatkan (SAR) serta pemulihan bagi korban gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat, Minggu (29/7/2018) pagi.

Wakil Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kuala Lumpur, Minggu, mengatakan pemerintah akan menunggu informasi balasan dari Pemerintah Indonesia berhubung bentuk bantuan yang dikehendaki pemerintah setempat.

“Sejauh ini belum ada permintaan (bantuan SAR atau pemulihan) dari pihak Indonesia, tetapi kita tawarkan bantuan itu,” katanya pada jumpa pers setelahs menghadiri jamuan teh bersama PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Shah Alam.

Wan Azizah berkata demikian ketika mengomentasi kejadian gempa bumi kuat yang di Nusa Tenggara Barat dan Lombok yang turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Ismawida Ismail (30).

Korban dilaporkan menyertai 17 warga Malaysia lain dalam misi pendakian ke gunung berapi Rinjani di Lombok Timur.

Menurut Ketua Polis Lombok Timur, M.Eka Fahurrahman, korban meninggal akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan.

“Sebanyak 18 warga Malaysia dalam misi mendaki Gunung Rinjani, enam cedera manakala yang lain selamat,” kata sebagaimana dilansir Bernama.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata Siti Nur Ismawida merupakan anggota PKR yang berasal dari Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Azizah menyatakan pemerintah telah menghantar 22 petugas untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di Laos yang dilanda banjir besar akibat ribut tropika Son-Tinh, baru-baru ini.

Laos dilaporkan dilanda bencana apabila empangan hidro yang sedang dibina di negara itu pecah, menyebabkan sebahagian besar kawasan tenggelam. (JS)